MM2H : Property purchase by MM2H holders by Country
Source : Extract from Parliament Hansard (4 February 2026)
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] requested the Minister of Tourism, Arts and Culture to state the statistics and latest total number of houses sold to foreigners through the Malaysia My Second Home (MM2H) programme from 2023 to 2025, according to their countries of origin, and the number who have obtained citizenship.
Deputy Speaker [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Please, Minister of Tourism, Arts and Culture.
Minister of Tourism, Arts and Culture [Dato Sri Tiong King Sing]:
Thank you, YB Dungun. Mr. Speaker, for the information of the Honourable Member, as of today, the MM2H programme has never granted any citizenship applications.
Permanent residency, or MyPR, refers to a Long-Term Social Visit Pass with multiple-entry visa facilities, allowing foreigners to reside in Malaysia for a period of five to 20 years under four categories:
Platinum: 20 years
Gold: 15 years
Silver: 5 years
Special Economic Zone: 10 years
The pass endorsement period for all categories is five years per term, and participants may renew until the maximum duration of their respective category. Participants may also apply for extensions every five years if they remain interested.
As of 31 December 2025:
A total of 744 MM2H participants have purchased houses under the programme
Another 2,637 participants are still in the process of purchasing, including finalising sale and purchase agreements and identifying suitable properties
The breakdown of house purchases by country (as of 31 December 2025) is as follows (top countries):
China: 304
Taiwan: 91
Singapore: 63
United States: 41
United Kingdom: 40
Hong Kong: 34
Australia: 29
Bangladesh: 19
South Korea: 15
Indonesia: 14
Japan: 14
(The remaining countries—close to 50 in total—will be provided in written form.)
Supplementary Question
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun]:
Has the ministry evaluated the pressure on housing affordability, particularly for middle-income local buyers, due to increased demand in certain price segments?
Minister’s response:
We have set a minimum threshold. For example:
Platinum category: property must be above RM2 million
Gold category: above RM1 million
Additionally, property purchases are subject to state regulations, which determine where MM2H participants are allowed to buy.
Further Question
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin]:
As of the first quarter of last year, Taiwan and China ranked first and second in applications, followed by Singapore. There is also a one-stop MM2H centre established at TRX. What are MOTAC’s plans to reduce dominance from these countries, and to what extent will the programme be promoted in Middle Eastern countries?
Minister’s response:
The MM2H programme is open to applicants worldwide, not limited to China and Taiwan.
Applicants from Arab countries are also welcomed, and there are participants from those countries, although the numbers are relatively small. We will further enhance promotion efforts in those regions.
ORIGINAL MALAY TEXTS
Summer : Extract from Parliament Hansard 4th February 2026 ( DR-04022026.pdf2. )
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, statistik dan jumlah terkini rumah yang telah dijual kepada warga asing melalui program Malaysia My Second Home (MM2H) bermula tahun 2023 hingga 2025 mengikut kategori negara asal mereka dan jumlah yang telah mendapat kewarganegaraan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Silakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
[Dato Sri Tiong King Sing]: Terima kasih YB Dungun. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat setakat hari ini, program MM2H tidak pernah bagi permohonan kewarganegaraan. Pemastautin tetap atau MyPR adalah program Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang dengan kemudahan visa berulang-alik atau multiple entry visa yang membolehkan warga asing tinggal di Malaysia bagi tempoh lima hingga 20 tahun melalui empat kategori. DR. 4.2.2026 5 Pertama: platinum 20 tahun; gold 15 tahun; silver lima tahun; dan zon ekonomi khas 10 tahun. Tempoh endorsement pas bagi semua kategori adalah lima tahun bagi setiap sesi dan peserta boleh memperbaharui sehingga tamat tempoh kategori masing-masing. Peserta juga dibenarkan membuat lanjutan setiap lima tahun sekiranya masih berminat. Sehingga 31 Disember 2025, seramai 744 peserta MM2H telah membeli rumah di bawah program ini, manakala 2,637 peserta lain masih dalam proses pembelian termasuklah memuktamadkan perjanjian jual beli dan mengenal pasti lokasi rumah yang sesuai. Setakat jumlah pembelian rumah peserta program MM2H, dasar baharu mengikut negara sehingga 31 Disember 2025 adalah seperti berikut. Tuan Yang diPertua, kalau boleh saya baca atas punya 10 negara. Lain-lain punya kalau itu, saya bagi bertulis. Fasal atas semua tempat dekat 50 negara... Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Silakan. Dato Sri Tiong King Sing: Satu, negeri China 304; Taiwan 91; Singapore 63; Amerika Syarikat 41; United Kingdom 40; Hong Kong 34; Australia 29; Bangladesh 19; Korea Selatan 15; Indonesia 14 dan juga Jepun 14. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun]: Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalnya, adakah kementerian juga telah menilai prestasi tekanan ke atas tahap kemampuan pemilikan rumah khususnya bagi pembeli tempatan berpendapatan sederhana akibat peningkatan permintaan dalam segmen harga tertentu? Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing: Kita memang ada set dia punya bottom line. Contoh macam di apa itu, yang platinum punya, dia mesti mahu dua juta ke atas. Kalau gold punya, kena lebih satu juta ke atas. So, kita pun tertakluk kepada negerinegeri ditentukan mana tempat boleh bagi MM2H dia orang beli itu rumah. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat Tampin. DR. 4.2.2026 6 Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin]: Terima kasih Dato’ Yang diPertua. Yang Berhormat Menteri, sehingga suku pertama tahun lalu, Taiwan dan China menduduki tempat pertama dan kedua sebagai negara terbesar permohonan tertinggi dan diikuti Singapura di tempat ketiga. Saya juga difahamkan pusat sehenti pertama MM2H juga telah diwujudkan di TRX bagi memudahkan proses permohonan pendaftaran. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, mengenai program MM2H ini, apakah perancangan MOTAC untuk memecahkan dominasi penyertaan daripada negara sumber seperti Taiwan dan China? Dan sejauh manakah usaha MOTAC untuk menumpukan atau mempromosikan program ini di negara-negara Timur Tengah? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat Menteri. Dato Sri Tiong King Sing: Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang MM2H kita buka untuk orang memohon di seluruh, bagi seluruh dunia, bukan saja bagi China sama Taiwan. Jangan kongkalikung, mahu masuk politik lagi. Kita memanglah daripada semua. Contohlah di negara Arab, semua kita pun bagi juga, tapi ada juga orang beli, tapi senarai tidak berapa besar. Kita akan lagi buat promosi lebih lagi lancar di negara tersebut. Sekian, terima kasih.